Teh Tarik Abu Dhabi

Ketika membaca majalah sajiOnline, saya tertarik dgn satu rencana "teh tarik gaya hatyai"..bila dah baca tu teringin lah pulak utk mencubanya sendiri.. tinggal di Abu Dhabi, jadi saya namakan teh ni "Teh Tarik Abu Dhabi" hehehe..

Bahan-bahan:
Teh ~ secukupnya
Susu ~ secukup rasa
Air panas

Cara penyediaan:
1. Kembangkan teh di dalam bekas dan ketepikan.
2. Bancuhkan susu dengan air panas dan tarik sebagaimana menarik teh.
3. Selepas itu tuangkan susu tadi bersama buihnya sekali ke dalam gelas.
4. Kemudian tuangkan teh pekat ke dalam gelas tadi. Tuangkan perlahan-lahan supaya teh tidak bercampur dgn susu.
5. Kalau mahu nampak buih yang putih bersih, tuangkan baki buih susu tadi sebelum dihidangkan.
6. Bila nak minum, kacaulah susu dan teh tadi.

Mee Goreng Basah Sempoi

Hari ni terasa nak makan mee gorenglah pulak..memandangkan di sini sukar utk mendapatkan mee kuning..jadi saya gantikan dgn mee kering ( mee pinoy). Mee ni buatan filipina tu yg panggil mee pinoy..lagi satu daun sup jugak tidak pernah saya jumpa di Abu Dhabi ni..bila memasak tu hanya menggunakan daun bawang sajalah..
Bahan-bahan:
500 gm mee
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar
1 biji bawang besar ~ ditumbuk
100 gm isi ayam/daging
100 gm kobis
2-3 sudu besar cili kisar
2-3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk pati ayam
Air
Minyak
Garam

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk dan cili kisar hingga garing.
2. Masukkan isi ayam/daging. Masukkan air dan kacau rata.
3. Bila mendidih masukkan mee, sos tiram, kicap manis, dan kobis.
4. Kacau seketika dan letaklah sedikit serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
5. Bolehlah diangkat dan taburkan dengan hirisan daun bawang.

Ayam BBQ


Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong ikut suka
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
1 batang serai *
*semua bahan dikisar
3 sudu besar madu
2 sudu minyak masak
Garam
Sedikit gula (kalau tak cukup manis)

Cara penyediaan:

1. Basuh ayam dan toskan sehingga kering.
2. Gaulkan semua bahan dan lumurkan pada ayam sehingga rata.
3. Perapkan selama 1 malam di dalam peti ais.
4. Panggang ayam di atas bara api atau di dalam oven.
5. Semasa proses memanggang, bolehlah sapukan ayam dgn lebihan bahan perapan tadi berulang-ulang sehingga ayam masak.
Hidangkan panas-panas.

Pulut Kuning Tanah Arab

Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
3 keping asam gelugur/keping
2 sudu besar serbuk kunyit
Air secukupnya untuk merendam pulut
1 biji kelapa ~ perahkan 3 cawan santan pekat
Garam
Gula

Cara penyediaan:
1. Cuci pulut kemudian rendam 4 jam atau semalaman di dalam air dengan asam gelugur dan serbuk kunyit.
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan dengan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga pulut separuh masak.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. Kukuskan semula sehingga masak
10.Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.

Bihun Goreng Merah


Bahan-bahan:
600 gm bihun ~ rendamkan lembut dan toskan
200 gm hirisan daging/isi ayam
2 sudu cili kisar
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 biji bawang besar ~ ditumbuk
4 sudu cili sos atau secukupnya
2 sudu sos tomato atau secukupnya
Taugeh secukupnya
Minyak
Garam dan gula
Serbuk pati ayam ~ kalau suka.

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan cili, bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukan hirisan daging/isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan cili sos, sos tomato, garam, gula, serbuk pati ayam dan air.
4. Masukkan bihun dan kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan taugeh.
6. Gaulkan rata dan bolehlah diangkat.
Sedia dihidang.

Kuih Lapis Merah Putih


Ni pn pertama kali buat kuih lapis merah putih ni..biasa lapisannya sebyk 7 lapis je...tapi saya buat ni byk lak lapisannya..tapi tak pe, janji sedap dimakan hehehe..

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 sudu kecil garam
Pewarna merah

Cara penyediaan:

1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan sebelum dipotong.
Sedia untuk dihidang.

Salmon Masak Masam Manis

Bahan-bahan:

2 potong salmon
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ dihiris
2 biji tomato ~ dibelah 4
1/2 biji timun ~ di buang biji dan potong dadu
1/2 batang lobak merah ~ di potong bulat
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 sudu cili kisar
5 sudu sos tomato atau secukupnya
3 sudu sos cili atau secukupnya
Minyak
Air
Garam dan gula

Cara penyediaan:
1. Salmon digaul dengan garam dan kunyit, goreng hingga garing, kemudian tumiskan bawang putih dan halia hingga kekuningan.
2. Masukkan pula cili dan masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, lobak merah, timun, air, garam dan gula secukupnya.
3. Kemudian masukkan pula bawang besar, tomato dan kacau hingga rata.
4. Masak seketika dan kemudian tuangkan kuah tadi ke atas ikan. Sedia dihidang.

Broccoli Bawang Putih

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.